Pulau Batu Putih; Cukupkah Sekadar Berputih Mata?

Mendengarkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
berkenaan dengan hak milik ke atas Pulau Batu Putih mengundang
kesedihan di setiap jiwa rakyat Malaysia yang cintakan tanah air.
Keputusan yang memihak kepada Singapura jelas mengecewakan rakyat yang
diberi keyakinan penuh pengharapan bahawa Malaysia bisa menang mudah
dalam kes tersebut. Namun nyata, itu semua tinggal angan-angan. Kini
rakyat Malaysia hanya mampu berputih mata dengan keputusan tersebut.